Ikuti Kami:

Cubaan Masak Ayam Bakar Jadi Ayam Rentung!

Cubaan Masak Ayam Bakar Jadi Ayam Rentung!

Cubaan seorang pemuda memasak ayam bakar menarik perhatian warga net baru-baru ini selepas ayam bakar yang dimasak menjadi rentung.

Dalam posting berkenaan yang dikongsi menerusi Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official menerima lebih 6,500 tanda suka dan dihujani lebih 1,000 komen netizen.

“Ayam ni waktu hidup mesti banyak buat salah. Mungkin ini balasannya.

“Masa hayat dia banyak buat dosa kot. Tu sebab jadi rentung.

“Selalu buat masa camping. Tin yang belah bawah kena tanam sikit dalam tanah. Ikutkan satu tayar dah cukup untuk masak ayam tu.

“Api hang tu membakar bukan membara memang hangus lah,” tulis beberapa netizen.

Menurut Muhamad Ishammuri, ia merupakan kali pertama dia memasak hidangan ayam tayar bersama rakan-rakan di rumah sewa.

Percubaan kali pertama pemuda berusia 25 tahun itu ternyata mengundang gelak ketawa ramai apabila ia kelihatan hangus dan rentung.

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Isham tidak menyangka posting itu menjadi tular setelah dikongsi menerusi Facebook.

“Kami buat dua ekor ayam pada hari tu. Ayam disangkut pakai besi pancang di atas tanah, ditutup dengan tin besi dan dibakar menggunakan tayar di sekelilingnya.

“Ayam yang pertama rentung, tapi bila dah dapat rentak tu, ayam kedua masak dengan sempurna.

“Kami semua ketawa tengok ayam tu, walaupun rentung isi dalamnya masih boleh dimakan,” ujarnya yang menetap di Sibu, Sarawak.

Foto : Facebook Muhamad Ishammuri

Sumber : Mstar Online

 

Komen
Loading...