Ikuti Kami:

COVID-19: Wanita Disahkan Telah Meninggal Dunia Tiba-Tiba Kembali Bernyawa

COVID-19: Wanita Disahkan Telah Meninggal Dunia Tiba-Tiba Kembali Bernyawa

Sebuah perkara yang mengejutkan telah berlaku apabila seorang wanita dikatakan ‘bangkit’ semula selepas meninggal dunia. Kejadian ini berlaku di Ecuador setelah seorang wanita dijangkiti virus COVID-19 dan disahkan menjadi korban wabak tersebut.

Keluarga wanita ini menerima perkhabaran tersebut dengan perasaan yang lega.
Sebelum ini keluarga wanita tersebut membawa pulang jenazah yang salah dan telah melakukan upacara pembakaran ke atas mayat tersebut. Berdasarkan kenyataan ahli keluarga, wanita berusia 74 tahun itu telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Seminggu kemudian, keluarga wanita tersebut datang ke hospital untuk menuntut mayatnya.
Pihak hospital walau bagaimanapun tidak membenarkan mayat tersebut didekati atau disentuh oleh sesiapa.

Mac lalu, Alba Maruri dari Guayaquil dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan dan demam berpanjangan. Bandar Guayaquil antara bandar di Ecuador yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Media yang melaporkan kejadian ini menyatakan keluarga yang mengambil mayat wanita yang dianggap sebagai Maruri tidak memeriksa mayat tersebut secara teliti.

Ahli keluarga hanya melihat bahagian belakang mayat tersebut tanpa melihat wajah.

Jaime Morla, anak saudara Maruri yakin dan menganggap mayat tersebut adalah ibu saudaranya. Morla ketika itu sangat takut untuk menatap wajah mayat tersebut lantas memberitahu pihak hospital.

Morla menjelaskan bahawa mayat tersebut mempunyai rambut dan kulit yang hampir sama. Tambahan lagi, mayat tersebut juga mempunyai luka yang sama seperti luka yang dialami oleh ibu saudaranya.

Akhirnya, mayat tersebut dibawa pulang untuk diuruskan oleh keluarga Maruri.

Maruri bagaimanapun telah dilaporkan sedar pada Khamis lalu. Pihak hospital diminta untuk menghubungi keluarganya setelah Maruri sedar dan mengingati kembali keadaan dirinya.

Menyedari kejadian telah tersilap mayat, pihak hospital segera bergegas ke rumah keluarga Maruri untuk memberitahu tentang perkara sebenar. Sehingga kini keluarga Maruri masih tidak mengetahui identiti sebenar mayat yang telah dibawa pulang dan dibakar.

Keluarga ini akan menuntut segala kos pembayaran mayat daripada pihak hospital yang telah dikeluarkan. Kes positif COVID-19 di berlaku di bandar Guayaquil sudah mencatatkan angka 22,000 pesakit dan kes kematian melibatkan seramai 576 mangsa.

Komen
Loading...