Ikuti Kami:

COVID-19: Wajib Pakai Topeng Muka Mulai 1 Ogos

COVID-19: Wajib Pakai Topeng Muka Mulai 1 Ogos

Sehubungan dengan kes COVID-19 yang semakin menaik, ramai pihak termasuk KKM telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat dikawal.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

Kita telah digemparkan dengan kes-kes dimana terdapat ramai individu yang tidak bertanggungjawab keluar makan dan membeli-belah walaupun telah diarahkan untuk berkuarantin di rumah.

Tambahan pula, dengan munculnya kluster-kluster terbaru, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi telah mengumukan penguatkuasaan pemakaian topeng muka di kawasan terbuka dan juga di dalam semua pengangkutan awam.

Menurut Kementerian Kesihatan juga, sebanyak 50% dari mereka yang berkuarantin di rumah tidak mengikuti SOP dan ini amat merisaukan.

Tiada lagi keputusan yang dibuat mengenai sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Komen
Loading...