Ikuti Kami:

COVID-19: Tiga Kluster Baharu Dikesan, Enam Kes Positif Baharu

COVID-19: Tiga Kluster Baharu Dikesan, Enam Kes Positif Baharu

Kementerian Kesihatan mengenal pasti tiga kluster baharu, iaitu kluster Bukit Bintang, kluster Tapak Pembinaan Kuching dan kluster Kondominium Hulu Langat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi kluster Bukit Bintang ia sudah menjangkiti 10 individu membabitkan warga asing dan tempatan.

Bagi kluster Tapak Pembinaan Kuching pula, ia mula dikesan apabila individu ketiga yang dijangkiti virus berkenaan membuat saringan COVID-19 di sebuah klinik swasta dan disahkan positif pada 16 Jun lalu.

“Setakat ini seramai 426 kontak sudah dikenal pasti di mana 62 individu didapati negatif COVID-19 dan 34 individu lagi masih menunggu keputusan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

“Bagi kluster Kondominium di Hulu Langat pula, indeks kes bagi kluster ini adalah seorang pelajar pusat tahfiz yang dikesan positif ketika saringan COVID-19 pada 8 Jun lalu.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif dijalankan dan dua lagi kes positif dikesan di dalam kluster ini. Kes pertama ialah bukan warganegara dan beliau ialah bapa saudara angkat kepada kes indeks.

“Beliau tinggal di kediaman yang lain, namun terdapat aktiviti kunjung mengunjung di antara mereka,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Enam kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 8,596 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada enam kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan seorang warganegara dan seorang pemastautin tetap

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 45 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 8,231 kes atau 95.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada pertambahan jumlah kes kematian dilaporkan dan ia kekal sebanyak 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Foto, Sumber : Berita Harian.

Komen
Loading...