Ikuti Kami:

COVID-19 : Tiga Kes Positif, Kesemuanya Melibatkan Warganegara

COVID-19 : Tiga Kes Positif, Kesemuanya Melibatkan Warganegara

Sehingga 12 tengahari harini kes COVID-19 di Malaysia merekodkan tiga kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,637 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 182 kes, dan pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

Katanya, daripada tiga kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia.

Sementara itu kedua-dua kes penularan dalam negara juga adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

“Di Selangor, satu kes saringan pra prosedur bagi rawatan penyakit barah leukimia, dan di Sabah satu kes saringan tempat kerja iaitu sebuah pasar umum di Sandakan,” katanya dalam sidang media pada petang Isnin.

Beliau juga memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes,” ujarnya.

Setakat Isnin, 16 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,334 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Dalam pada itu, empat kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Komen
Loading...