IKLAN

COVID-19: Tiga Kes Baharu, Tiada Kematian

Sehingga 23 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tiga (3) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,590 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 283 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa semua kes baharu yang dilaporkan adalah kes penularan di dalam negara, iaitu dua (2) kes adalah bukan warganegara dan satu (1) kes adalah warganegara Malaysia.

IKLAN

Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan hari ini.

Sehingga kini, sebanyak tiga (3) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN