Ikuti Kami:

COVID-19 Sudah Meragut 412,926 Nyawa Di Seluruh Dunia

COVID-19 Sudah Meragut 412,926 Nyawa Di Seluruh Dunia

Sekurang-kurangnya 412,926 maut akibat pandemik COVID-19 sejak ia tersebar di China pada Disember lalu, menurut sumber angka rasmi yang dikumpulkan oleh AFP sehingga semalam.

Selain itu, kira-kira 7,294,130 kes COVID-19 direkodkan di 196 negara dan daripada jumlah itu sebanyak 3,227,700 sudah pulih sepenuhnya.

Angka diperoleh yang menggunakan data dikumpulkan oleh AFP daripada pihak berkuasa negara dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), berkemungkinan hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan sebenarnya.

Kelmarin, sebanyak 5,015 kematian baharu dan 125,128 kes baharu dilaporkan di seluruh dunia, antaranya kematian di Brazil sebanyak 1,272, Amerika Syarikat (AS) 1,027 dan Mexico 596.

AS antara negara paling terjejas dengan 112,402 kematian daripada 1,989,521 kes dengan 524,855 orang pulih; Britain 41,128 kematian daripada 290,143 kes; Brazil 38,406 kematian daripada 739,503 kes, Itali 34,114 kematian daripada 235,763 kes dan Perancis 29,319 kematian daripada 191,939 kes.

Negara dengan jumlah kematian tinggi berbanding populasinya ialah Belgium dengan 83 maut bagi setiap 100,000 penduduknya, Britain 61, Sepanyol 58, Itali 56 dan Sweden 47.

Sementara itu, China kecuali Hong Kong dan Macau melaporkan 4,634 kematian dengan 83,046 jangkitan dan 78,357 pulih sepenuhnya.

Eropah keseluruhannya mencatatkan 185,616 kematian daripada 2,324,672 kes, AS dan Kanada pula 120,410 kematian daripada 2,086,586 jangkitan, Amerika Latin dan Caribbean 69,604 kematian daripada 1,418,206 kes, Asia 20,639 kematian daripada 738, 416 kes, Asia Barat mencatatkan 10,968 kematian daripada 510,454 kes, Afrika 5,558 kematian daripada 207,142 kes dan Oceania 131 kematian daripada 8,663 kes.

Begitupun, hasil daripada pembetulan oleh pihak berkuasa atau penerbitan data yang lambat, angka yang dikemas kini untuk

Komen
Loading...