Ikuti Kami:

COVID-19: Singapura Luluskan Penggunaan Ubat Anti-Viral

COVID-19: Singapura Luluskan Penggunaan Ubat Anti-Viral

Pihak berkuasa memaklumkan republik itu meluluskan penggunaan ubat anti-viral remdesivir bagi merawat pesakit COVID-19 yang serius.

Amerika Syarikat (AS) membenarkan penggunaan remdesivir untuk kecemasan di hospital sejak Mei lalu, diikuti Jepun dan Korea Selatan manakala Eropah sedang mempertimbangkan tindakan sama.

Penggunaannya diberi kelulusan bersyarat di Singapura bagi merawat pesakit dewasa dijangkiti virus itu, umpamanya yang perlukan bantuan pernafasan intensif.

Pihak Berkuasa Sains Kesihatan berkata ia sudah mempercepatkan kajian penggunaan remdesivir berikutan keperluan mendesak bagi kesihatan umum ketika pandemik COVID-19.

Di bawah kelulusan bersyarat itu, pihak berkuasa mewajibkan pengeluar ubat itu yang berpangkalan di AS, Gilead Sciences, untuk mengumpulkan data keselamatan dan memantau penggunaannya.

Singapura sebelum ini melakukan pemantauan rapi terhadap virus itu, selaras dengan saringan ketat dan pengesanan kontak, namun masih menyaksikan penularan serius wabak itu di asrama pekerja asing.

Republik itu kini merekodkan jangkitan tertinggi di Asia Tenggara dengan hampir 39,000 kes, kebanyakannya dalam kalangan pekerja asing manakala kadar kematian kekal pada 25 orang. – AFP

Komen
Loading...