Ikuti Kami:

COVID-19: Pakcik Ini Diraikan Frontliner Sebelum Pulang

COVID-19: Pakcik Ini Diraikan Frontliner Sebelum Pulang

Tiada apa dapat menggembirakan hati barisan hadapan di wad hospital selain melihat pesakit mereka yang berjaya sembuh selepas dijangkiti Covid-19.

Perasaan gembira itu sudah tentu dirasai sekumpulan ‘frontliner’ di Hospital Tawau, Sabah apabila seorang pesakit positif kritikal tahap lima telah disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan discaj semalam.

Perkara itu dikongsi salah seorang pegawai perubatan hospital berkenaan, Solomon Vengadasalam Krishnan yang meluahkan rasa syukur atas kesembuhan dan kejayaan rakan sepasukannya.

“We discharged well a class 5 (critically ill) Covid positive patient back home yesterday! Praise God! #covid19,” tulisnya di laman Facebook.

Perkongsian itu menerima 1,000 tanda suka dan pelbagai reaksi netizen yang turut berbangga dengan usaha gigih ‘frontliner’ dalam mengekang penularan wabak tersebut.

Tahniah & terima kasih

Syukur! ‘Good job’ semua

Alhamdulillah! Terbaik ‘frontliner’ kita

Komen
Loading...