Ikuti Kami:

COVID-19: Genting Malaysia Terpaksa Buang Pekerja Dan Struktur Semula Operasi

COVID-19: Genting Malaysia Terpaksa Buang Pekerja Dan Struktur Semula Operasi

Nampaknya, hotel besar seperti Genting Malaysia turut terkesan dan mengalami kemerosotan perniagaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengawal penularan wabak COVID-19.

Difahamkan, kesemua hotel resort dan kasino di Genting Highland dan resort di Langkawi dan Terengganu milik Genting telah ditutup sejak 18 Mac 2020 yang lalu. Langkah tersebut diambil oleh semua hotel di Malaysia sebagai usaha menyekat jangkitan wabak tersebut.

Disebabkan kemerosotan perniagaan, Genting Malaysia Bhd dikhabarkan akan mengurangkan pekerja dan menstruktur semula operasinya.

Menurut naib presiden kanan Genting, Quan Cher Siong berkata, syarikat itu perlu menstruktur semula operasinya di Malaysia dengan memberhentikan lebihan pekerja serta menawarkan skim pemberhentian kerja sukarela dan bersama.

Tambahnya lagi, operasi perniagaan Genting akan berdepan kesukaran dan cabaran ketika dimulakan semula untuk mencapai tahap keuntungan seperti sebelum tercetusnya pandemik tersebut.

Dalam laporan suku tahunan kepada pasaran saham pada Khamis, Genting Malaysia melaporkan kerugian bersih sebanyak RM417.96 juta akibat gangguan ke atas operasi perniagaannya di seluruh dunia.

Komen
Loading...