IKLAN

COVID-19 : Enam Kes Baharu, 23 Kes Pulih

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 23 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,294 kes (96.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,606 kes.

IKLAN

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 191 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN