COVID-19: Dxamethasone “Terbukti Dapat Mengurangkan Risiko Kematian” – Saintis UK
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Saintis United Kingdom (UK) mendakwa berjaya temui ubat yang dipercayai mampu meningkatkan survival pesakit COVID-19.
Dexamethasone, steroid murah dan mudah diperoleh, dipercayai mampu mengurangkan kadar kematian dalam kalangan pesakit.
Kerajaan UK membenarkan penggunaan ubat berkenaan di seluruh negara selepas penemuan itu diumumkan pada Selasa
“Ubat ini mengurangkan risiko kematian kepada satu pertiga daripada mereka yang bergantung kepada mesin, alat bantuan pernafasan, dan mereka yang bergantung kepada bekalan oksigen.
“Ini memberikan impak besar kepada pesakit,” katanya.
Sejumlah 2,104 pesakit diberikan ubat berkenaan dalam kajian yang diketuai University Oxford.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain Boris Johnson menyifatkan penemuan terbaharu itu sebagai pencapaian hebat dalam usaha menemukan penawar jangkitan COVID-19.
“Kita berjaya mengharunginya. Saya fikir kita kini sudah mulai nampak, ubat yang lebih berkesan seperti Dexamethasone yang mungkin boleh digabungkan dengan ubat lain.
“Ini adalah langkah pertama, mungkin ada yang masih meraguinya.
“Ia beri harapan kepada cara rawatan yang akan memberi perbezaan besar kepada kadar kematian,” kata Johnson.
Foto: Agensi.