Ikuti Kami:

COVID-19: Dua Kes Positif Dan Satu Kes Kematian Hari Ini

COVID-19: Dua Kes Positif Dan Satu Kes Kematian Hari Ini

Hanya dua kes COVID-19 direkodkan hari ini, jumlah paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan satu lagi kes kematian akibat COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan 118 kematian, setakat ini.

Katanya, bagi jumlah kes baharu pula ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,338 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,206 kes.

Kes kematian ke 118 membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun.

“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

“Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 15 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada jam 7 pagi tadi,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan jumlah pulih pula adalah sebanyak 39 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 7,014 kes bersamaan 84.1 peratus.

 

Komen
Loading...