IKLAN

COVID-19 : Ashraf Muslim Terkilan Gagal Pikul Tugas Ketua Keluarga Ketika Dirawat

Tekilan apabila gagal melaksanakan tugasnya sebagai ketua keluarga sepanjang dirawat sebagai pesakit COVID-19 pada April lalu, pelakon Ashraf Muslim dedah kisah kemalangan yang menimpa salah seorang anakanya ketika beliau dikuarantin di sebuah hospital tempoh hari.

Menurut Ashraf anaknya menerima 40 jahitan mikro di jari akibat tersepit pintu ketika beliau berada di dalam wad.

“Agak takut sebenarnya apabila saya dalam keadaan sedemikian dan tak boleh menjalankan tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga.”

Tambahnya lagi, pengalaman sebagai pesakit COVID-19 benar-benar membuka matanya dan belajar banyak perkara tentang kehidupan.

Hal ini kerana, selepas pulang dari luar negara dan menjalani kuarantin selama dua minggu, beliau kemudiannya dimasukkan ke hospital kerana positif COVID-19 selama 25 hari dan meneruskan kuarantin sendiri.

IKLAN

“Bayangkan lebih 2 bulan saya tak bertemu dengan keluarga dan memang sangat sedih sampaikan menangis sebab rindu.”

Menurut Ashraf, ia merupakan dugaan besar buat dirinya dan keluarga malah perkara itu sedikit sebanyak memberi kesedaran terhadap kehidupannya.

Terdahulu, selain Ashraf, pelakon Puteri Aishah juga antara barisan selebriti tempatan yang disahkan dijangkiti COVID-19 tempoh hari.

Sumber: Gempak

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN