IKLAN

COVID-19 : 88 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Di Selangor

Polis Selangor sedang menjejaki 88 individu yang gagal membuat saringan kedua ujian COVID-19 selepas 13 hari dari tarikh saringan awal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata kesemua mereka sebelum ini telah membuat saringan pertama dan menerima arahan kuarantin di rumah daripada Kementerian Kesihatan.

“Disebabkan itu, kami telah menubuhkan Pasukan Khas untuk mengesan penama-penama ini dan sekiranya didapati bersalah tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

IKLAN

“Dengan ini, saya mendesak semua penama-penama yang masih tidak buat saringan kedua supaya hadir ke klinik kesihatan dengan segera,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Fadzil berkata kegagalan mereka menjalani ujian saringan kedua itu akan menggusarkan masyarakat kerana virus itu boleh menular jika ujian saringan tersebut didapati positif.

Sementara itu, Ahmad Fadzil berkata sebanyak 3,267 kompaun telah dikeluarkan kepada individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan dan daripada jumlah itu hanya 639 membuat pembayaran.

Sumber : Bernama.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN