Ikuti Kami:

COVID-19: 8 Kes Baru Dilaporkan, Kes Positif Kembali Satu Angka

COVID-19: 8 Kes Baru Dilaporkan, Kes Positif Kembali Satu Angka

Sebanyak lapan kes dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini dengan kebolehjangkitan COVID-19 turun kepada tiga angka iaitu 986 kes, sekali gus mencatatkan kurang daripada 1,000 kes, hari ini.

Dalam pada itu, terdapat 35 kes COVID-19 pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan kes sembuh 7,346 kes atau 86.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Katanya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,453 kes.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak dua kes ialah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, iaitu membabitkan bukan warganegara yang juga pemastautin tetap.

“Enam kes penularan di dalam negara, empat kes adalah bukan warga negara, manakala dua kes adalah dalam kalangan warga negara Malaysia.

“Semua empat kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara adalah daripada Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian disebabkan COVID-19 menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 121 kes.

“Kes kematian ke-121 adalah kes 7,468 iaitu lelaki warga negara India berumur 67 tahun adalah orang kena tahan (OKT) di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

“Dia meninggal dunia pada 12 Jun lalu dan saringan ujian mendapatinya positif COVID-19 dan keputusan bedah siasat masih sedang dalam proses,” katanya.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Komen

Loading...