Ikuti Kami:

COVID-19: 76 Kes Sembuh, 21 Kes Baharu

COVID-19: 76 Kes Sembuh, 21 Kes Baharu

Lebih 95 peratus kes COVID-19 telah pulih, termasuk 76 kes yang dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka kumulatif kes pulih kini mencecah 8,146 atau 95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula hanya tinggal 289.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, katanya, 21 jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini ialah 8,556.

“Daripada 21 kes baharu itu, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan masing-masing seorang warga Malaysia dan pemastautin tetap.

“Tiada pertambahan kematian akibat COVID-19 dengan jumlahnya kekal 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Komen
Loading...