Ikuti Kami:

COVID-19 : 6 Pulih, 39 Kes Positif Baharu, 2 Kluster Baru Dikesan

COVID-19 : 6 Pulih, 39 Kes Positif Baharu, 2 Kluster Baru Dikesan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,607 kes (96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 28 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 39 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,943 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 212 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 39 kes baharu yang dilaporkan, 11 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan tujuh (7) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu: Kluster PUI Sivagangga, India dan Kluster Satok.

Kes indeks kluster PUI Sivagangga merupakan seorang pemastautin tetap yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 13 Julai 2020 (iaitu kes ke-8937). Saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA didapati negatif.

Beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun didapati tidak mematuhi syarat perintah tersebut dan di dalam tindakan pihak berkuasa. Saringan ulangan didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Manakala kluster Satok dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching, di mana saringan COVID-19 telah dijalankan di pasar tersebut. Sehingga 28 Julai 2020 sebanyak 229 orang peniaga telah disaring.

Komen
Loading...