Ikuti Kami:

COVID-19 : 5 Kes Pulih, 8 Kes Baharu

COVID-19 : 5 Kes Pulih, 8 Kes Baharu

Lima kes sembuh dan lapan kes baharu COVID-19 direkodkan, setakat tengah hari tadi, membabitkan lima penularan tempatan dan tiga kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga daripada jangkitan tempatan berkenaan adalah di Sabah, selain masing-masing satu kes di Kuala Lumpur dan Johor.

Katanya, pertambahan kes positif itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini telah mencecah 8,964.

Selain itu, katanya, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mencatat lima kes pulih sepenuh dan dibenarkan keluar wad, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 8,617, setakat ini.

Beliau berkata, tiada kematian akibat COVID-19 dicatatkan, hari ini, dengan jumlah kumulatifnya kekal 124 kes.

Komen
Loading...