Ikuti Kami:

COVID-19 : 16 Kes Positif Baharu Hanya Empat Libatkan Warganegara

COVID-19 : 16 Kes Positif Baharu Hanya Empat Libatkan Warganegara

Sehingga 12 tengah hari, terdapat 16 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,572 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 295 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ingin dimaklumkan daripada 16 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Daripada 13 kes penularan di dalam negara, sembilan (9) kes adalah bukan warganegara manakala hanya empat (4) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Dua kes baharu positif dari Kluster Kidurong, Bintulu, hari ini adalah ahli keluarga terdekat kepada kes positif ke-6 iaitu kawan kpd bapa kes indeks (kes pertama).

Ini bermakna jangkitan telah melibatkan dua keluarga.

Punca disyaki aktiviti kunjung mengunjung.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Komen
Loading...