Ikuti Kami:

COVID-19 : 15 Kes Positif, 21 Pulih Harini

COVID-19 : 15 Kes Positif, 21 Pulih Harini

Terdapat 15 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan COVID-19, di negara ini sebanyak 289 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,587 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan warganegara Malaysia.

“Tiada kes penularan dalam negara dalam kalangan warganegara Malaysia. Kesemua 13 kes penularan dalam negara adalah bukan warganegara.

“Ingin dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan, pada hari ini dan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 21 pulih dilaporkan menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 8,177 kes atau 95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Komen
Loading...