Ikuti Kami:

COVID-19: 140 Individu Pulih, 10 Kes Baharu Tiga Dari Kluster Warga Emas

COVID-19: 140 Individu Pulih, 10 Kes Baharu Tiga Dari Kluster Warga Emas

Seramai 140 individu pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya sebanyak 7,873 kes iaitu 92.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 12 tengah hari ini terdapat 10 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,515 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 521 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media mengenai COVID-19 di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kes baharu Dr Noor Hisham berkata, kesemuanya melibatkan penularan di dalam negara melibatkan tujuh warganegara dan selebihnya adalah bukan warganegara.

Bagi kes melibatkan warganegara beliau berkata, empat daripadanya merupakan daripada Kluster Warga Emas Kuala Selangor; satu daripada saringan pusat Tahfiz; satu lagi dikesan di Sarawak yang merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8453, manakala satu lagi dikesan di Sabah, yang merupakan kontak rapat kepada kes kematian ke-120.

Komen
Loading...