Ikuti Kami:

COVID-19 : 14 Kes Baharu, 333 Pulih

COVID-19 : 14 Kes Baharu, 333 Pulih

Sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 14 kes baharu yang dilaporkan, melibatkan 3 kes import dan 11 melibatkan kes penularan tempatan menjadikan jumlah kes kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia sebanyak 408 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 408 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu sebanyak 127 kes pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan kes pulih di negara ini kekal tiga angka buat tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,000 kes iaitu 93.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sebanyak 333 kes pulih dicatatkan pada 16 Jun dan 140 kes pulih dicatatkan semalam.

Loading...