Ikuti Kami:

COVID-19: 11 Daripada 145 Warga Asing Yang Lari berjaya Ditangkap

COVID-19: 11 Daripada 145 Warga Asing Yang Lari berjaya Ditangkap

KUALA LUMPUR: Seramai 11 orang daripada 145 warga asing yang melarikan diri selepas menjalani ujian saringan COVID-19 di tapak pembinaan Pavilion Embassy, Jalan Ampang di sini, kelmarin berjaya diberkas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata lima daripadanya berjaya ditahan hari ini, dan enam lagi ditahan semalam.

“Buat masa ini pihak polis sedang mengesan baki pekerja warga asing yang melarikan diri.

“Kesemua yang melarikan diri itu adalah antara lebih 300 pekerja tapak pembinaan berkenaan yang disaring selepas ada rakan sekerja mereka positif COVID-19.

“Bagaimanapun kita dimaklumkan, keputusan ujian kesemua 145 pekerja itu adalah negatif,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Difahamkan, kehilangan 145 pekerja tapak pembinaan yang kesemuanya warga Bangladesh itu disedari oleh seorang pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika mereka dalam proses dipindahkan ke sebuah pusat kuarantin di ibu negara.

Susulan itu, satu laporan polis kemudian dibuat oleh pegawai KKM terbabit.

Komen
Loading...