Ikuti Kami:

COVID-10: US Putuskan Hubungan Dengan WHO

COVID-10: US Putuskan Hubungan Dengan WHO

WASHINGTON – Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) secara rasmi memutuskan hubungan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) susulan organisasi itu gagal menangani penularan koronavirus (Covid-19).

“Kerana mereka gagal melaksanakan apa yang dituntut dan amat memerlukan pembaharuan. Hari ini (Jumaat) kita akan putuskan hubungan dengan WHO,” katanya kepada pemberita.

Presiden itu berkata, dana yang sepatutnya disalurkan kepada WHO sebaiknya akan digunakan untuk keperluan kesihatan global lain.
Covid-19: Trump putuskan hubungan dengan WHO

“Dunia mahukan jawapan dari China tentang virus ini. Kita mesti telus,” tambah Trump.

Trump pada mulanya menggantung dana kepada WHO bulan lalu atas dakwaan salah urus pandemik yang meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia.

Kemudian, 10 hari lalu, Trump menuduh organisasi yang beribu pejabat di Geneva itu menjadi boneka China.

Beliau juga berkata, AS akan membekukan terus dana jika tiada penambahbaikan substantif dibuat untuk menangani pandemik Covid-19 dalam tempoh 30 hari.

AS merupakan penyumbang dana terbesar WHO dengan sekurang-kurangnya AS$400 juta (RM1.7 bilion) disalurkan pada tahun lalu. – AFP

Komen
Loading...