Ikuti Kami:

Cover Peluang Kedua Ini Berjaya ‘Mencuri Hati’ Peminat Nabila Razali

Cover Peluang Kedua Ini Berjaya ‘Mencuri Hati’ Peminat Nabila Razali

Lagu terbaru dari Nabila Razali yang berjudul Peluang Kedua ini nampak berjaya ‘mencuri hati’ peminatnya. Lagu dengan rentak balada dan lirik yang cukup menusuk jiwa ini juga cukup membuai rasa. Di Youtube video lirik lagu Peluang kedua ini telah meraih hampir 4 juta tontonan dalam masa hanya dua minggu dimuatnaik di platform tersebut.

Walaubagaimanapun baru-baru ini seorang gadis telah membuat cover Peluang Kedua dan videonya itu telah meraih perhatian ramai. Manakan tidak, suara gadis itu menyanyikan semula lagu ini memang cukup merdu. Video cover Peluang Kedua oleh gadis ini telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter dan telah meraih lebih 100 ribu tontonan.

Berikut adalah video nyanyian semula yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini:

Perkongsian ini turut meraih 5 ribu retweets dan hampir 9 ribu likes. Rata-rata netizen memuji nyanyian gadis ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Sedap gila suaraaa dia weh”

“Yang single pun rasa macam broken dengaq lagu ni”

“Dah macam versi Anugerah Juara Lagu siot”

Selain itu nyanyian cover dari gadis ini juga turut meraih perhatian Nabila Razali, penyanyi asal lagu ini. Menerusi laman Instagram milik Nabila Razali, dia sendiri berkongsikan video nyanyian semula gadis ini.

Ini adalah versi penuh nyanyian gadis ini:

Sumber: Twitter Muhdnqiuddin / Youtube Som Projects

Komen
Loading...