Ikuti Kami:

Converse Malaysia Raikan All Star Kelas 2026, Perkasa Suara Kreatif Generasi Baharu

Converse Malaysia Raikan All Star Kelas 2026, Perkasa Suara Kreatif Generasi Baharu

Jayee (tengah), ilustrator dan pengarah seni MonKiddo turut hadir di All Star Kelas 2026.

Converse Malaysia meraikan kehadiran All Star Kelas 2026 dalam satu sesi penyambutan intim yang menghimpunkan bakat-bakat kreatif muda dari seluruh negara bagi menghubungkan mereka dengan mentor, komuniti serta laluan sebenar untuk berkarya dan mencipta impak positif.

Acara yang berlangsung dalam suasana santai namun penuh inspirasi itu menjadi platform kepada ahli baharu untuk mengenali jenama Converse, memahami hala tuju program serta membina hubungan dengan rakan seangkatan dalam komuniti kreatif.

Wakil rasmi Converse Malaysia berkata bahawa program Converse All Star diwujudkan untuk memperkasakan pencipta baharu dengan akses kepada pembelajaran, kerjasama dan peluang menghasilkan karya yang berkualiti serta berimpak tinggi.

“Kelas ’26 menghimpunkan bakat dalam bidang ilustrasi, muzik, filem, fesyen dan skateboarding. Misi kami adalah untuk menyokong perkembangan mereka, memperkasakan penceritaan mereka dan menyediakan ruang yang selamat serta inklusif untuk kreativiti berkembang,” katanya.

Bagi meraikan komuniti dan budaya movement, acara turut menayangkan video “Love Chuck Skate Tour”, sebahagian daripada kempen serantau oleh Converse yang merakam perjalanan merentas Malaysia dan Singapura, memaparkan lokasi skateboarding unik, komuniti tempatan dan semangat kebersamaan dalam budaya jalanan.


Dr. Kamal Sabran, artis dan penyelidik di sebalik projek Space Gambus Experiment yang menggabungkan bunyi tradisional Malaysia dengan elemen elektronik moden.

Majlis diteruskan dengan persembahan memukau oleh Space Gambus Experiment, yang menampilkan gabungan bunyi tradisional dan moden untuk pengalaman audio yang mengasyikkan, diikuti persembahan bertenaga daripada kumpulan The ExAct dengan irama alternatif dan indie yang menceriakan suasana.

Wakil rasmi Converse Malaysia berkata bahawa pihaknya percaya kreativiti berkembang melalui komuniti.

“Kami menghubungkan All Star kepada mentor, rakan seangkatan dan projek sebenar bagi membantu mereka menemui suara serta audiens mereka. Kami tidak sabar untuk melihat hasil karya Kelas ’26 nanti,” katanya.


Qi Razali dan kumpulan The ExAct turut membuat persembahan.

Program Converse All Star merupakan inisiatif komuniti global yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat muda dalam pelbagai disiplin seni.

Peserta menerima akses kepada bengkel, bimbingan, peluang kolaborasi serta platform untuk berkarya dan membina jaringan kreatif yang bermakna.

Program ini turut menekankan nilai inklusiviti, kesejahteraan pencipta dan penceritaan positif sejajar dengan matlamat Converse untuk memacu budaya kreatif ke hadapan.

Komen
Loading...