Ikuti Kami:

​”Cinta Luar Biasa” Bakal Bergema Lagi: Andmesh Kamaleng Kembali Temui Peminat Malaysia di Konsert Hari Kekasih 2026

​”Cinta Luar Biasa” Bakal Bergema Lagi: Andmesh Kamaleng Kembali Temui Peminat Malaysia di Konsert Hari Kekasih 2026

Penyanyi bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, mengesahkan bakal kembali menghangatkan pentas Malaysia menerusi sebuah konsert penuh jiwa dan emosi, ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’, yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, tepat pada sambutan Hari Kekasih, 14 Februari 2026.

​Konsert ini merupakan penganjuran oleh DTC Entertainment Sdn Bhd, dan dijangka menjadi antara persembahan paling berprestij tahun hadapan, memandangkan populariti Andmesh yang tidak pernah padam di Malaysia.

​Sejak kemunculannya sebagai juara Rising Star Indonesia pada 2017, lagu-lagu balada romantis Andmesh seperti “Cinta Luar Biasa”, “Hanya Rindu”, dan “Kumau Dia” sentiasa mendominasi carta dan tular bukan sahaja di Indonesia, malah di seluruh Asia Tenggara.

​Pengumuman konsert ini pastinya melegakan kerinduan peminat yang sedia maklum tiket persembahan solonya terdahulu di Kuala Lumpur sering habis dijual.

Peminat Malaysia juga terkenal sebagai komuniti yang paling aktif menyokong muzik penyanyi berusia 28 tahun itu.

​Mengulas mengenai konsert ini, Andmesh menyatakan rasa teruja untuk kembali menyapa peminat di sini.

​“Malaysia selalu punya tempat istimewa di hati saya. Energi dari penonton di sini selalu luar biasa. Konsert ‘Suara Dari Ketulusan Hati’ ini sangat personal kerana ia membawa perjalanan muzik saya sejak awal hingga sekarang. Saya ingin peminat merasai setiap cerita di balik lagu-lagu saya,” katanya dalam satu kenyataan media.

​Dalam masa sama, Andmesh turut menjanjikan susunan muzik yang lebih segar serta kejutan istimewa yang hanya akan dipersembahkan kepada peminat di Malaysia.

​Tiket ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ akan mula dijual melalui platform www.ticket2u.com dengan harga bermula dari RM238 (Bronze) hingga RM1,088 (VVIP).

Komen
Loading...