Seorang guru sanggup menempuh perjalanan menaiki bot demi menghantar bahan pembelajaran kepada muridnya di rumah panjang kampung pedalaman Kapit, Sarawak.
Pengorbanan dilakukan guru muda, Muhammad Nabil Fikri dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Encheremin, Kapit itu bagi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) ini.
“Hantar kerja/latihan ke rumah2 panjang utk murid2 pedalaman. Atas perahu pun boleh jadi posmen. Tak susah pun kerja ni.”
“Kesimpulannya, banyak budak belum mandi masa aku jumpa diaorg..haha,” tulisnya.
Berkongsi pengalaman itu di laman twitternya, rata-rata netizen memuji dan berterima kasih kepadanya kerana mencurah bakti kepada anak bangsa.
Terima kasih cikgu mencurah bakti kepada anak bangsa ❤️❤️
— Ashraff (@asyraf_wahaB747) June 20, 2020
Ciapan itu kini telah menerima 2600 retweet dan 3900 tanda suka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara pada 24 Jun.
Sumber : Twitter @BELLFIKRI
BACA : Gigih Pelajar Sabah Ini Panjat Pokok Jawab Peperiksaan Online