Ikuti Kami:

Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan – “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab”

Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan – “Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab”

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Cik Epal, mengakui bahawa dia masih menghormati Jofliam sebagai suami walaupun sedang menghadapi masalah dalam rumah tangga mereka.

Dalam hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Cik Epal menyatakan bahawa Jofliam merupakan seorang bapa yang baik dan sangat bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka, Han dan Yuki.

“Saya masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han dan Yuki,” jelasnya.

Menerusi hantaran yang sama, Cik Epal juga menegaskan bahawa dia tidak mahu memperburuk keadaan dan merasa kurang selesa untuk mendedahkan isu berkaitan rumah tangga mereka kepada umum.

Walau bagaimanapun, Cik Epal memohon agar orang ramai mendoakan supaya dia dapat menghadapi situasi ini dengan tenang dan matang.

“Saya sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar saya dengan dia sahaja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan.

“Saya tak nak keruhkan keadaan. Saya percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik.

“Korang doakan saya dapat handle situasi ini dengan tenang dan matang,” tulisnya.

Sebelum ini, pempengaruh dan usahawan Jofliam meluahkan rasa kecewa kerana telah difitnah melakukan kecurangan.

Dalam perkongsian di Instagram Story, Jofliam menyatakan bahawa semua ini bermula apabila dia membawa seorang staf wanita bernama Dewi dan pasukannya ke Jepun.

Dia juga mendedahkan bahawa salah seorang staf telah menuduhnya berlaku curang terhadap isterinya, Cik Epal.

Komen
Loading...