Cik Epal Sahkan Perceraian dengan Jofliam: ‘Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya’
- oleh Mohd Indera
- 2 bulan lalu
Akhirnya, teka-teki mengenai isu rumah tangga pempengaruh terkenal, Jofliam dan isterinya, Cik Epal, terjawab apabila pasangan itu kini tidak lagi bergelar suami isteri. Pengesahan ini dibuat sendiri oleh Cik Epal menerusi satu perkongsian di akaun Instagramnya.
Dalam kenyataannya, Cik Epal menyatakan bahawa perceraian mereka adalah satu ketetapan yang sudah tertulis, dan dia yakin setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri.
“10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja,” tulisnya.
“Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya,” tambah Cik Epal.
Beliau turut berterima kasih kepada bekas suaminya atas segala kenangan yang tercipta sepanjang perkahwinan mereka.
“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.” katanya
Cik Epal juga mengingatkan para pengikutnya bahawa dalam kehidupan ini, tiada apa yang benar-benar menjadi milik kita.
“Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah tahu apa yang terbaik,” katanya
Walaupun perpisahan itu berat, Cik Epal menegaskan bahawa hidup harus diteruskan dan melangkah ke hadapan dalam fasa baharu kehidupannya.