Cik Epal Pilih Berdiam Diri, Tunggu Keputusan Mahkamah Syariah Tentukan Status Rumah Tangga
- oleh Mohd Indera
- 3 bulan lalu
Pempengaruh media sosial terkenal, Cik Epal, enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangganya dengan suami, Jofliam.
Beliau memaklumkan bahawa keputusan rasmi hanya akan diumumkan setelah mahkamah syariah membuat keputusan mengenai status perkahwinan mereka yang dijangka diketahui dalam masa terdekat.
“Saya tak nak mendahului keputusan mahkamah syariah. Penjelasan saya hanya selepas saya pasti status saya sudah sah, bukan lagi suami isteri. Terima kasih,” katanya ringkas di IG story beliau.
Spekulasi mengenai perpisahan pasangan ini mula hangat diperkatakan di media sosial selepas munculnya khabar angin yang mendakwa adanya masalah dalam perkahwinan mereka, termasuk dakwaan kehadiran pihak ketiga.
Lebih memanaskan keadaan, sebuah swafoto yang memaparkan Jofliam bersama seorang staf wanita bernama Dewi turut menjadi bualan ramai. Namun begitu, Jofliam, yang juga terkenal dengan perniagaan Pizza Wangyu, segera menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Dewi.
Cik Epal menegaskan bahawa sebarang penjelasan kepada umum hanya akan dibuat selepas semua urusan mahkamah selesai dan status rasmi perkahwinan disahkan.