Ikuti Kami:

Kahwin Tetap Kahwin! Jurugambar Kongsi Gambar Pengantin PKP, Cepat Dan Ringkas

Kahwin Tetap Kahwin! Jurugambar Kongsi Gambar Pengantin PKP, Cepat Dan Ringkas

Umum tahu menjadi satu impian untuk bakal pengantin mengambil gambar “outdoor” selepas pernikahan untuk dijadikan kenangan.

Dengan negara mengahadapi pandemik COVID-19 ini adalah mustahil untuk melakukan pengambaran di tempat-tempat menarik kerana negara di dalam Perintah Perkawalan Pergerakan (PKP).

Menunaikan impian pengantin baru ini, jurugrambar @azyn_ membuktikan perkara ini boleh dilakukan dia mana-mana dengan cepat dan ringkas dengan tidak mengabaikan arahan PKP dan kualiti gambar itu sendiri.

Meskipun tidak dapat menjalankan majlis perkahwinan secara besar-besaran, jurugambar ini berjaya merakaman momen indah pasangan ini dan membuatkan para netizen teruja melihatkan hasil yang dicapai.

Lebih menarik, sesi fotografi pada kali ini berjaya dijalankan dengan lebih singkat. Malah, detik indah ini berjaya diambil berdekatan rumah pengantin sahaja. Berikut merupakan hasil daripada sesi fotografi masa singkat yang dijalankan.

Buat anda yang berminat untuk melihat lebih lagi karya daripada jurugambar ini, anda boleh ikuti Instagram beliau @azyn_

Foto : Instagram @azyn_

Komen
Loading...