Ikuti Kami:

CAHT Perkenal Ekosistem Web3 + AI, Pacu Transformasi Ekonomi Digital Malaysia

CAHT Perkenal Ekosistem Web3 + AI, Pacu Transformasi Ekonomi Digital Malaysia

Landskap ekonomi digital Malaysia bakal mengalami transformasi drastik menerusi pengenalan ekosistem Web3 + AI + Chatbox SocialFi oleh CAHT, sebuah inovasi yang menggabungkan teknologi rantaian blok (blockchain) dan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkasakan komuniti digital tempatan.

Teknologi generasi baharu ini membolehkan pengguna berinteraksi, belajar, dan berurus niaga secara terus menerus menerusi aplikasi sembang sosial pintar, sekali gus menjana nilai ekonomi tanpa bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan tradisional.

Menurut wakil CAHT, inisiatif ini bertujuan merendahkan halangan penyertaan dalam ekonomi digital. Melalui penggunaan chatbox yang intuitif, pengguna tidak lagi memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam untuk menguruskan aset digital atau menyertai pasaran global.

“Ekosistem ini menyediakan akses ekonomi yang lebih telus dan inklusif. Dengan sokongan AI, setiap keputusan perdagangan dan interaksi sosial menjadi lebih bijak, manakala teknologi blockchain memastikan setiap transaksi direkodkan secara terbuka dan selamat,” katanya di majlis ZK Trinity & Ai Finance Summit yang diadakan di Confeti KL semalam.

Jana Pendapatan Menjelang 2026 Menjelang tahun 2026, ekosistem CAHT dijangka membuka ruang pendapatan baharu melalui ganjaran komuniti, komisen digital, dan perdagangan aset digital.

Model ini beralih daripada pekerjaan tradisional kepada ekonomi berasaskan sumbangan dan kemahiran individu dalam komuniti.

Sistem ini disasarkan kepada golongan muda, usahawan digital, pekerja bebas (freelancers), serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin membina komuniti dan mengurus insentif digital dengan lebih efisien.

Sidang Kemuncak 2K Trinity & AI Finance 2025 Bagi memperkukuhkan pelaksanaan teknologi ini, sidang kemuncak 2K Trinity & AI Finance Summit 2025 akan diadakan dalam masa terdekat.

Acara berimpak tinggi ini bakal menghimpunkan pemain industri utama, firma modal teroka (VC), dan pakar teknologi untuk membincangkan kemajuan Zero-Knowledge (ZK) dan penyelesaian dipacu AI.

Sidang kemuncak tersebut dianjurkan oleh ZBA dengan sokongan teknologi daripada 2K Trinity (ZK3), serta kerjasama strategik bersama CahtX, International Blockchain Organization Malaysia (IBOM) dan Bre3.

Evolusi CahtX Dalam perkembangan sama, CahtX yang bermula sebagai aplikasi SocialFi kini berkembang sebagai bursa desentralisasi (DEX) pertama berasaskan ZK + CLOB yang memfokuskan kepada sektor AI.

Visi CahtX adalah untuk menjadi jambatan yang menghubungkan komuniti Web2 ke dunia kripto Web3, sekali gus menyokong pertumbuhan projek AI generasi seterusnya di Asia Tenggara.

Komen
Loading...