
Nama nama besar dalam dunia muzik alternatif tanah air seperti Butterfingers Hujan dan SYJ bakal menggegarkan pentas Festival Aku Muzik & Kamu AMK Indie 2025 yang dijadual berlangsung selama dua hari di Litar Antarabangsa Sepang pada 26 dan 27 Julai ini.
Penganjuran festival kali ini membawa kelainan apabila menampilkan barisan 100 peratus artis tempatan merangkumi 21 kumpulan ikonik dan pendatang baharu dalam dunia muzik indie rock dan ska.
Butterfingers yang sinonim dengan ledakan muzik grunge era 90an dijangka menjadi antara tumpuan utama pada hari kedua festival. Tidak kurang juga kumpulan Hujan yang dikenali dengan lagu lagu antemik mereka serta SYJ pelopor muzik rock tanah air yang bakal kembali menghangatkan pentas pada hari pertama.
Festival ini turut menampilkan band seperti Cromok Meet Uncle Hussain Empty Page Gerhana Skacinta SOG dan One Buck Short menjadikannya himpunan generasi lama dan baharu yang membentuk lanskap muzik alternatif Malaysia.
Menurut Ketua Eksekutif Coaction Events David Bareng AMK Indie 2025 memberi sepenuh penghargaan kepada bakat tempatan dan menolak kebergantungan kepada artis luar.
“Festival ini untuk peminat sejati. Tiada artis antarabangsa tiada nama tangkap muat. Hanya bakat tempatan sepenuhnya,” katanya.
Festival ini bukan sahaja menyatukan penggiat muzik malah turut menampilkan festival makanan pelbagai zon aktiviti dan pengalaman interaktif yang menggambarkan semangat dan budaya kreatif belia Malaysia.
Dengan kapasiti 30 000 orang di Litar Antarabangsa Sepang serta harga tiket bermula RM159 AMK Indie 2025 bukan sekadar mampu milik tetapi turut menjanjikan nilai pengalaman yang tinggi buat pencinta muzik tanah air.
Sama ada ingin mengimbau kembali kenangan bersama band kegemaran era remaja atau meneroka bakat baharu yang sedang meningkat naik AMK Indie 2025 adalah pentas yang menyatukan semua dalam satu jiwa jiwa muzik alternatif Malaysia.