Hujung minggu lalu menyaksikan orang ramai menyerbu Bukit Broga untuk melakukan aktiviti pendakian selepas ianya dibenarkan semula oleh kerajaan.
Gambar yang tular ini memberikan kerisauan kepada orang ramai kerana dapat dilihat tiada penjarakan sosial yang dilakukan.
Kelonggaran yang diberikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Oleh kerana ini merupakan salah satu akiviti beriadah dan sukan, rata-rata di dalam gambar ini juga dilihat tidak memakai pelitup muka mungkin kerana bimbang dengan masalah pernafasan.
Broga Hill today. https://t.co/C9RuBWsqGI pic.twitter.com/eg1IbAiLAs
— IRJGA (@gbeejipp) June 21, 2020
Tetapi dalam masa yang sama juga, mereka dilihat tidak sama sekali menjaga jarak sepatutnya di antara satu sama lain.
Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) memberitahu pendaki yang datang perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu menjalani menjalani pemeriksaan suhu serta direkodkan kehadirannya.
Ohh sbb beratur utk check temperature? Diorang boleh je beratur dgn social distancing. Hampir kesemua tu dah boleh dikira golongan dewasa bukan budak sekolah lagi. Takkan dumb sangat sampai tak reti beratur dengan social distancing?
— Haziq (@Haziqqqsss) June 21, 2020
Bukit Broga berada di bawah seliaan MPKJ, namun setakat ini tiada pegawai ditempatkan secara khusus di situ memandangkan kawalan ke laluan masuk dilakukan pemilik tanah serta pengendali parkir.
“Kita tidak jangka pendaki yang datang seramai itu dan ia mungkin kerana kebenaran melakukan aktiviti mendaki dalam tempoh PKPP,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Ditambah pula dengan faktor kawasan itu sememangnya menjadi tumpuan pendaki sebelum ini, jadi mereka tentunya mengambil kesempatan untuk datang pada hujung minggu lalu.
Pemilik tanah diharap mengambil alternatif untuk mengawal kesesakan antaranya menggunakan khidmat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).