Berita
Bukan Dipecat Tapi Keahlian Tun Mahathir Terhenti – Hamzah Zainuddin
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi pemimpin BERSATU tidak dipecat tetapi keahliannya terhenti, selepas melakukan tindakan yang bertentangan dengan parti.
Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata tindakan bertentangan itu termasuk duduk di kerusi pembangkang ketika pembukaan Parlimen 18 Mei lalu, serta menyatakan secara terbuka untuk menggugurkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, Dr Mahathir juga mengusulkan undi tidak percaya kepada Muhyiddin di Dewan Rakyat, yang jelas membelakangkan prinsip dan perlembagaan parti.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di sini, hari ini.
Komen
Loading...