Bufet ‘Warisan Desa’ KLIH Tawar Lebih 100 Menu, Peluang Menang Hadiah Tunai RM10,000
- oleh MDaily Editor
- 1 Mar 2026 8:31 pm
Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) tampil dengan nafas baharu sempena ketibaan Ramadan tahun ini dengan memperkenalkan bufet bertema “Warisan Desa” yang menawarkan lebih 100 menu tradisional Melayu yang autentik.
Langkah ini merupakan antara usaha awal pengurusan baharu, Zaque’s Hotel (M) Sdn Bhd, selepas mengambil alih operasi hotel ikonik yang beroperasi sejak 1999 itu.
Pengarah Urusan Zaque’s Hotel, Muhammad Zairee Izwan Zahir, berkata kolaborasi bersama Serai Group bagi bufet Ramadan kali ini adalah satu langkah strategik untuk memastikan tetamu menikmati kualiti makanan terbaik.

“Kami ingin mengembalikan kegemilangan KLIH. Dengan kerjasama Serai Group yang sudah terbukti kepakarannya dalam industri makanan dan minuman (F&B), kami yakin ‘Warisan Desa’ akan memberikan pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan.
“Lebih 100 jenis juadah disediakan, termasuk menu wajib seperti kambing golek, pelbagai jenis nasi, sup gearbox, serta aneka pencuci mulut yang menepati cita rasa masyarakat Malaysia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran bufet tersebut.
Bukan sekadar menjamu selera, KLIH turut menawarkan ganjaran menarik buat pengunjung menerusi kempen “Dine & Win” yang menjanjikan hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM10,000.
“Ini adalah peluang buat pelanggan kami. Selain menikmati hidangan berkualiti, mereka berpeluang membawa pulang hadiah tunai apabila menjamu selera di sini sepanjang tempoh promosi,” tambahnya.

Bufet “Warisan Desa” ini berlangsung dari 27 Februari hingga 19 Mac 2026 (Setiap Khamis hingga Ahad). Bagi memudahkan transaksi, pihak hotel turut menyediakan kemudahan pembayaran secara ansuran melalui platform seperti SPayLater dan Atome.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Zairee menjelaskan bahawa pihak pengurusan sedang giat melakukan transformasi menyeluruh terhadap hotel berkenaan daripada bertaraf tiga bintang kepada empat bintang.
“Fokus kami bukan sahaja pada F&B, tetapi juga merancakkan sektor Meeting, Incentive, Convention and Exhibition (MICE) di tengah ibu kota.
“Kami kini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti baharu termasuk ruang kerja bersama (co-working space), gimnasium, serta beberapa outlet restoran dan lounge yang dinaik taraf untuk keselesaan tetamu,” katanya.
KLIH yang terletak strategik di Chow Kit, Kuala Lumpur, menawarkan kapasiti ruang acara yang mampu memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa, selain menyediakan kemudahan parkir yang luas bagi pengunjung.
Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai bufet “Warisan Desa” boleh menghubungi talian +60 16 516 0113, +60 12 610 0113 atau +60 12 265 0113.




