Ikuti Kami:

Bufet Istimewa Akhir Tahun di Kampung Kitchen ibis KLCC

Bufet Istimewa Akhir Tahun di Kampung Kitchen ibis KLCC

Kampung Kitchen di ibis Kuala Lumpur City Centre (KLCC) mengajak semua untuk menyambut penghujung tahun 2024 dan permulaan tahun baru 2025 dengan hidangan bufet istimewa melalui promosi “Year End Buffet Special” pada 31 Disember 2024 dan 1 Januari 2025.

Bufet makan malam pula bermula dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam, dengan harga RM118 nett untuk dewasa dan RM83 nett untuk kanak-kanak pada 31 Disember, manakala pada 1 Januari, harga adalah RM108 nett untuk dewasa dan RM76 nett untuk kanak-kanak.

Bufet makan tengah hari dan hi-tea disediakan dari pukul 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang dengan harga RM79 nett untuk dewasa dan RM59 nett untuk kanak-kanak.

Bufet makan malam istimewa “Year End Buffet Special pada 31 Disember 2024 menawarkan menampilkan sajian khas seperti daging panggang merangkumi roast sirloin, turkey, dan lamb legs yang disediakan segar oleh chef, serta gerai memasak pasta dengan pelbagai sos.

Hidangan panas seperti udang sambal petai, kepah tumis singgang, kailan goreng taukan, sotong masak kari dengan bendi, lamb rogan josh, loh hon chai, nasi putih, dan beehoon goreng Singapura turut disediakan.

Pilihan hidangan barat termasuk nasi mentega, beef stroganoff, ayam mentega lemon, potato au gratin, ikan bakar dengan sos dill, dan sayur campur mentega.

Bagi pencinta makanan sejuk, pelbagai jenis salad seperti chicken salad dengan asparagus dan oren, smoked salmon, serta International Cheese Board ditawarkan, selain hidangan seafood on ice seperti udang, kupang, dan ketam bunga.

Pencuci mulut seperti kek log coklat, puding Krismas, ABC dengan pelbagai kondimen, dan ais krim tiga jenis juga tersedia. Sup seperti sup lobak merah, sup ekor, dan mee sup utara turut melengkapkan menu bufet bersama pilihan minuman termasuk jus kordial, kopi, dan teh.

Promosi istimewa memberikan diskaun 10% kepada tetamu hotel dan ahli, manakala tempahan awal sebelum 18 Disember 2024 layak mendapat diskaun tambahan.

Selain menikmati pelbagai hidangan lazat, tetamu juga boleh memeriahkan malam mereka dengan cabutan bertuah, hadiah eksklusif, dan persembahan muzik secara langsung.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 03-2778 3388, WhatsApp ke 012-668 9929 atau 012-668 9970, atau emel ke [email protected].

Nikmati pengalaman makan malam yang mengasyikkan hanya di Kampung Kitchen, ibis KLCC.

Komen
Loading...