Ikuti Kami:

BPN: Masih Ada Peluang Untuk Kemukakan Rayuan Sehingga 31 Mei

BPN: Masih Ada Peluang Untuk Kemukakan Rayuan Sehingga 31 Mei

Semalam heboh di media sosial kerana ada segelintir yang tidak berpuas hati kerana permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mereka tidak diluluskan kerajaan.

Kerajaan harini telah melanjutkan tempoh rayuan sehingga 31 Mei 2020, semua rayuan boleh dibuat melalui email atau hadir sendiri di cawangan terdekat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Antara faktor permohonan anda ditolak ialah pemohon atau pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tidak mematuhi syarat tertentu seperti kelayakan umur, status sebagai pelajar sepenuh masa dan sebagainya.

“LHDN terpaksa menolak permohonan-permohonan yang tidak mematuhi syarat tertentu seperti kelayakan umur, status sebagai pelajar sepenuh masa dan sebagainya,

“Kerajaan juga menerima aduan antara permohonan yang ditolak adalah daripada pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, bagi memudahkan urusan permohonan rayuan, semua pejabat LHDN akan dibuka mulai 11 Mei atau 12 Mei ini bergantung pada hari bekerja di setiap negeri.

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini atau dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa rayuan-rayuan itu akan diberi pertimbangan sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan mendapat bantuan itu.

Bagi rayuan melalui e-mail boleh dikemukakan kepada [email protected]

Komen
Loading...