Ikuti Kami:

BPN Bujang Lulus Tapi Kenapa RM500?

BPN Bujang Lulus Tapi Kenapa RM500?

Dalam menghadapi pendemik COVID-19 kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (PRIHATIN) bagi meringankan beban rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan media harini memaklumkan status permohonan baru dan rayuan sudah boleh disemak.

Hasil dari perkembangan itu, kecoh di media sosial apabila terdapat segelintir rakyat tidak berpuas hati dengan jumlah bantuan yang diluluskan, dan meminta pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memeriksa semula permohonan mereka.

Rata-rata berkongsi paparan ‘screenshot‘ kelulusan masing-masing dengan persoalan tentang jumlah yang diluluskan tidak seperti maklumat awal yang diterima.

Merujuk kepada siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia  bertarikh 29 Mac 2020, RM500 adalah kelulusan bagi individu bujang yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan, manakala pendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima RM800

Tetapi ada yang mendakwa berstatus bujang dan bergaji bawah RM2,000 namun mereka hanya mendapat kelulusan RM500 sahaja dan bukan RM800 seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

 

 

Bagaimana pun setakat ini belum ada lagi kenyataan daripada pihak Kementerian Kewangan berkenaan isu tersebut.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan media hari ini berkata sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diluluskan, melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion.

“Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini adalah sebanyak 10.6 juta, merangkumi jumlah bayaran bernilai RM11 bilion (iaitu tambahan RM1 bilion berbanding peruntukan asal RM10 bilion),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Status permohonan baru dan rayuan boleh disemak mulai hari ini melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my/

Komen
Loading...