Ikuti Kami:

Boyz II Men Gamit Memori Dengan Lagu-Lagu Sepanjang Zaman

Boyz II Men Gamit Memori Dengan Lagu-Lagu Sepanjang Zaman

Ribuan peminat memenuhi Megastar Arena malam tadi untuk menyaksikan persembahan legenda R&B, Boyz II Men, yang menggamit memori dengan lagu-lagu hits sepanjang zaman.

Konsert yang dianjurkan oleh Shiraz Projects ini bukan sekadar hiburan biasa, tetapi satu perjalanan emosi yang membawa penonton kembali ke era keemasan muzik 90-an.

Lagu-lagu seperti Can’t Let Her Go, Water Runs Dry, On Bended Knee dan Can You Stand The Rain menjadi pilihan, menggamit kenangan indah peminat yang tidak melepaskan peluang menyanyi bersama.

Selain itu, Boyz II Men mempamerkan sisi kontemporari dengan persembahan lagu-lagu seperti Change, Locked Out of Heaven, Come Together dan interpretasi unik mereka terhadap Purple Rain menyuntik elemen baharu dalam persembahan mereka.

Konsert ini turut menyentuh emosi peminat dengan lagu-lagu balada seperti It’s So Hard, One Sweet Day, I’ll Make Love, Road dan ditutup dengan persembahan penuh semangat menerusi Motown.

Sepanjang konsert, Boyz II Men berjaya merapatkan jurang generasi dengan muzik mereka yang kekal relevan dan abadi.

Malam itu menjadi satu bukti bahawa lagu-lagu mereka terus hidup dalam hati peminat lama dan baharu, menyatukan semua dalam harmoni.

Foto Oleh: Sudasan

Komen
Loading...