Ikuti Kami:

Bosswan Lancar Single Pertama “Biarkan Aku”

Bosswan Lancar Single Pertama “Biarkan Aku”

Personaliti media sosial, Bosswan kini melangkah lebih jauh dalam kerjaya seninya apabila secara rasmi melancarkan single pertama berjudul “Biarkan Aku”, sekali gus menandakan permulaan seriusnya dalam industri muzik tempatan.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer terkenal, Oja GV7, ini dihasilkan dalam tempoh seminggu namun hanya dilancarkan selepas hampir setahun disimpan kerana kekangan masa dan komitmen lain.

Menurut Bosswan, “Biarkan Aku” mengangkat tema pengorbanan, cinta dan pengkhianatan, menceritakan tentang seorang lelaki yang setia mencintai, namun akhirnya dikhianati wanita yang dipercayainya.

Bagi Bosswan, lagu ini mencerminkan realiti kehidupan yang sering berlaku dan mampu menyentuh perasaan pendengar.

“Ini adalah percubaan pertama saya dalam bidang muzik, dan saya harap karya ini dapat menyentuh hati ramai. Lagu ini dekat dengan jiwa saya dan saya percaya ramai akan dapat merasai makna di sebaliknya,” katanya.

Menariknya, Bosswan turut dipilih menyertai program realiti Raise The Star Malaysia terbitan Astro, sekaligus membuka lebih banyak peluang untuknya mengukuhkan nama sebagai anak seni.

Muzik video rasmi “Biarkan Aku” diarahkan oleh Wanns Ahmad yang berjaya mengangkat tema lagu ini dengan penceritaan yang dramatik dan sinematografi yang puitis.

Elemen lakonan dan jalan cerita yang kuat menjadikan muzik video ini antara karya yang harus ditonton peminat muzik tempatan.

Bosswan turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penghasilan lagu serta muzik video ini, selain berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

Komen
Loading...