Ikuti Kami:

Boost Bank Jalin Kerjasama Dengan Zus Coffee Tawar Faedah Simpanan 3.5% Setiap Tahun Melalui “Zus Coffee Jar”

Boost Bank Jalin Kerjasama Dengan Zus Coffee Tawar Faedah Simpanan 3.5% Setiap Tahun Melalui “Zus Coffee Jar”

Boost Bank, bank digital tempatan pertama Malaysia, telah mengumumkan kerjasama strategik bersama jenama kopi terkenal ZUS Coffee bagi memperkenalkan ganjaran eksklusif yang membolehkan rakyat Malaysia menjadikan kegemaran mereka terhadap minuman kopi sebagai satu bentuk simpanan yang lebih bijak dan berbaloi.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan baharu Boost Bank berpeluang menikmati faedah simpanan sebanyak 3.5% setahun secara harian melalui produk simpanan digital terbaru yang dinamakan ZUS Coffee Jar bermula 10 Mei 2025.

Untuk membuka ZUS Coffee Jar, pengguna hanya perlu mendaftar akaun Boost Bank. Setelah diaktifkan, pengguna boleh mula membuat deposit dalam apa jua jumlah dan menikmati kadar faedah harian.

Syarat untuk mengekalkan ZUS Coffee Jar ialah pelanggan perlu membuat sekurang-kurangnya satu pembelian minuman ZUS Coffee dalam sebulan melalui aplikasi ZUS, dan bayaran hendaklah dibuat menggunakan Kad Debit Boost Bank atau eWallet Boost.

Untuk memohon Kad Debit Boost Bank, pelanggan boleh menekan ikon kad di halaman utama aplikasi Boost Bank dan mengikuti arahan yang diberikan.

Sebagai tambahan kepada faedah simpanan, pelanggan baharu turut boleh menikmati tawaran eksklusif dalam tempoh terhad:

Bermula 10 Mei hingga 31 Julai 2025, pelanggan baharu Boost Bank boleh menikmati tawaran beli satu percuma satu untuk minuman buatan tangan (handcrafted drinks) ZUS Coffee pada setiap Sabtu dan Ahad.

Nilai minuman percuma dihadkan kepada RM12 dan terhad kepada 300 penebusan setiap hari. Pembelian mesti dibuat melalui aplikasi ZUS dan dibayar menggunakan Kad Debit Boost Bank serta menggunakan kod promosi yang ditetapkan.

Tawaran ini hanya sah untuk pilihan “pickup” di semua cawangan ZUS Coffee di seluruh negara.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Boost Bank dalam menerajui konsep perbankan terbina (embedded banking), dengan menjadikan pengurusan kewangan peribadi lebih dekat dengan gaya hidup harian rakyat Malaysia – lebih ganjaran, lebih relevan dan lebih mudah diakses.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://link.myboost.co/BoostBankxZUSCoffee

Komen
Loading...