Ikuti Kami:

Boleh Mula Rentas Negeri, Pelepasan Cukai, Pergilah Melancong Dalam Negara

Boleh Mula Rentas Negeri, Pelepasan Cukai, Pergilah Melancong Dalam Negara

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selaras dengan pengumuman itu, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat Malaysia termasuklah merentas negeri dan melancong dalam negara.

“Jadi bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu selepas hampir tiga bulan tidak ke mana-mana”

“Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara masih ditutup,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana)  yang merangkumi pengecualian cukai pelancongan bagi tempoh bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 untuk mengaktifkan semula industri itu di negara ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara bagi membantu sektor itu yang terjejas teruk.

“Langkah keempat adalah, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara, yang telah diberikan (sebelum ini) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

“Sektor pelancongan adalah antara sektor yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19. Justeru untuk mengaktifkan semula kegiatan industri pelancongan, empat langkah cukai ini akan kita laksanakan,” katanya.

Jadi orang ramai boleh lah merancang percutian dalam Negara selepas 3 bulan PKP disamping membantu merangsang kembali industri pelancongan Negara.

Komen
Loading...