Ikuti Kami:

Bintang Cilik Eva Mei Kembali Sebagai Chief Experience Officer Resorts World Genting!

Bintang Cilik Eva Mei Kembali Sebagai Chief Experience Officer Resorts World Genting!

Eva Mei, bintang kanak-kanak berusia lima tahun yang lebih dikenali sebagai @misspopsasa, kembali menggalas tanggungjawab sebagai Chief Experience Officer (CEO) di Resorts World Genting (RWG).

Pelantikan ini membuktikan keyakinan RWG terhadap keupayaan kanak-kanak dalam membawa perspektif segar dan menyeronokkan ke dunia percutian keluarga.

Kemunculan semula Eva Mei adalah sebahagian daripada kesinambungan kempen popular RWG, A Destination Verified by Kids, For Kids, yang memperkenalkan pengalaman resort dari kaca mata seorang kanak-kanak.

Kempen ini telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa termasuk dari Appies, MARKies, dan Dragon’s Asia, menjadikannya platform terbaik untuk memperkukuh kedudukan RWG sebagai destinasi utama percutian keluarga di Malaysia.

Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran & Perhubungan Awam RWG teruja untuk melihat bagaimana kepimpinannya akan terus mencipta pengalaman tidak terlupakan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka.

“Eva Mei adalah simbol keceriaan dan kreativiti, dan kami teruja untuk melihat bagaimana kepimpinannya akan terus mencipta pengalaman tidak terlupakan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka.” katanya.

Sebagai CEO, Eva Mei telah menjalankan pelbagai sesi temubual dan pertemuan dengan Lembaga Pengarah Kanak-Kanak RWG untuk merangka pakej percutian mesra kanak-kanak yang baharu.

Pakej ini dirancang untuk memastikan keseronokan kanak-kanak menjadi tumpuan utama sambil memberi ruang kepada ibu bapa untuk berehat dan menikmati masa berkualiti.

Pakej Percutian Eksklusif CEO 2025
RWG memperkenalkan dua pakej utama yang direka khas untuk keluarga:

  1. Pakej Key to Adventure
    • Penginapan semalam di Resorts World Awana atau Hotel Genting SkyWorlds.
    • Tiket Standard 1-Hari ke Genting SkyWorlds.
    • Baucar RM50 untuk makanan dan minuman.
      (Harga bermula dari RM524)
  2. Pakej Play Mode
    • Tiket Standard 1-Hari ke Genting SkyWorlds.
    • Pas Tanpa Had ke Taman Tema Tertutup Skytropolis.
    • Baucar RM30 untuk makanan dan RM20 untuk pembelian barangan.
      (Harga RM190)

Bagi mempertingkat pengalaman ini, RWG bekerjasama dengan Jobstreet by SEEK untuk memilih tiga keluarga yang akan menjadi penilai utama pakej CEO.

Di samping itu, Klook Malaysia, platform pelancongan terkenal, menyokong pelancaran pakej ini melalui promosi di seluruh rantau.

Sarah Wan, Pengurus Besar Klook Malaysia, menyatakan bahawa kerjasama ini seiring dengan misi mereka untuk menawarkan pengalaman mesra keluarga dan membawa pakej CEO kepada lebih ramai ibu bapa dan anak-anak.

“Kami teruja untuk membawa pakej CEO ini kepada lebih ramai ibu bapa dan anak-anak.” katanya.

Pakej CEO RWG kini tersedia untuk tempahan dari sekarang hingga 16 Februari 2025, dengan tempoh sah penggunaan sehingga 30 Jun 2025. Jangan lepaskan peluang untuk mencipta memori indah bersama keluarga anda di Resorts World Genting!

Layari rwgenting.com atau ikuti saluran media sosial rasmi RWG untuk maklumat lanjut.

Komen
Loading...