Ikuti Kami:

Bilik Sebesar Rumah, Ini Barangan Neelofa Yang Tidak Boleh Dipegang

Bilik Sebesar Rumah, Ini Barangan Neelofa Yang Tidak Boleh Dipegang

Walaupun dilihat sporting untuk berkongsikan apa yang ada dalam bilik Neelofa, ternyata ada satu perkara yang Neelofa tidak boleh berkongsikan dimana menerusi video yang dimuat naik kakaknya baru-baru ini juga dapat dilihat dia telah memberikan amaran.


Selebriti terkenal, Neelofa dilihat seorang yang tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya dan ternyata apabila kakaknya, Noor Nabila dilaman YouTube Rosix & Bella membuat video segmen room tour di bilik pelakon dan usahawan berkenaan viral dan menjadi bualan hangat di laman sosial.

Malah, menerusi video yang dimuat naik menerusi YouTube itu juga dalam beberapa hari telah mendapat lebih 1 juta tontonan gara-garanya.

“Bilik aku ni boleh pegang semua benda…”
Meskipun tidak kisah untuk orang ramai melihat biliknya namun sebenarnya ada perkara milik Neelofa yang tidak boleh disentuh.

Perkara berkenaan adalah notebook miliknya dan gara-gara hal itu juga, videonya bersama pelakon dan penyanyi Alif Satar dimana dia menegaskan sekali lagi apa yang tidak boleh disentuh turut tular dilaman sosial dan ternyata kata-katanya itu mendapat ribuan tontonan apabila Instagram Era turut memuat naik hal itu.

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet yang telah melihat ruangan besar biliknya turut memuji sikap Neelofa yang juga dijadikan idola dan inspirasi buat ramai gadis di luar sana.

Sumber: Instagram Era, Shifaalsagoff

Komen
Loading...