Heboh di sosial media apabila pengguna telah menerima bil elektrik terkini mereka dan mendakwa bayaran yang perlu dijelaskan kini meningkat.
Rata-rata juga mendakwa ‘ketidakadilan’ kaedah yang diguna pakai oleh TNB dalam mengenakan bayaran kepada pengguna elektrik sepanjang tempoh PKP walaupun kerajaan memberi diskaun penggunaan elektrik yang seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut hantaran terbaru di laman Facebook TNB Careline, TNB menggunakan kaedah pengiraan prorata yang membolehkan pengguna menikmati blok tarik terendah iaitu 0.218sen.
Pengguna juga masih akan dicaj blok tarif bermula 200kWh setiap bulan.
Bila dapat bacaan sebenar pengguna terkejut kerana menganggap bahawa bacaan bil dibuat secara kumulatif untuk Mac, April dan Mei yang menyebabkan mereka dikenakan caj pada tariff band yang lebih tinggi iaitu 51.6 sen/kWj, 54.6 sen/kWj dan 57.1 sen/kWj.
Hakikatnya, TNB membuat kiraan secara prorata dengan mengambil bacaan secara purata bagi bulan Mac, April dan Mei.
Jadi, memang tak sampai pun tariff band yang tinggi itu sekiranya penggunaan pada bulan-bulan tersebut adalah sama seperti bulan-bulan sebelum PKP.
TNB juga menerbitkan video penerangan di laman youtube mereka bertajuk Bagaimana Bil Anggaran Semasa Tempoh PKP Diselaraskan.
Rata-rata orang ramai masih kurang berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh pihak TNB.
Foto & Video : TNB Careline