Berbuka Puasa dengan Gaya: The Pearl Kuala Lumpur Tawar Lebih 100 Hidangan dan Hadiah Misteri
- oleh Mohd Indera
- 4 bulan lalu

Ramadan 2025 menjadi lebih bermakna apabila The Pearl Kuala Lumpur menawarkan pengalaman berbuka puasa yang mewah dan penuh gaya melalui bufet eksklusif bertemakan “Pesta Sajian Rasa.”
Bufet ini bukan sahaja menampilkan lebih daripada 100 hidangan tradisional dan moden, tetapi juga memberikan peluang kepada tetamu untuk memenangi hadiah misteri eksklusif bagi setiap pembelian baucar dewasa pada harga biasa.
Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 3 Mac hingga 28 Mac 2025. Para tetamu akan menikmati pelbagai sajian autentik seperti Nasi Kukus, Gulai Daging Bunga Kantan, Singgang Ikan Selar, Sambal Sotong, Ayam Kuzi, Pucuk Paku Lemak Cili Padi, serta Kurma Telur dan Tauhu Lemak Putih.
Hidangan lain yang menggamit selera termasuk Roti John Oblong, Murtabak Ayam bersama Kuah Kari Ayam Kapitan, dan pelbagai makanan laut disaluti aneka sos istimewa bersama campuran sayuran segar.
Menerapkan konsep Food Truck Bazaar Ramadan, bufet ini turut menyediakan pelbagai gerai istimewa seperti Mee Tarik Chinese Muslim, Dumpling Chinese Muslim, Lok Ching, Nasi Briyani Ayam dan Kambing, Gerai Shell Out, Gerai BBQ, Warung Lemang dan Satay Kajang, serta Gerai Dim Sum.
Lebih daripada sekadar makanan, setiap hidangan dipersembahkan dengan gaya untuk memastikan pengalaman berbuka puasa yang luar biasa.
Bagi tempoh 3 Mac hingga 9 Mac 2025, tetamu boleh menikmati harga istimewa sebanyak RM118 untuk dewasa, RM68 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun, dan RM98 untuk warga emas.
Bermula 10 Mac hingga 28 Mac 2025, harga biasa ialah RM138 untuk dewasa, RM78 untuk kanak-kanak, dan RM118 untuk warga emas.
Sebagai tambahan istimewa, setiap pembelian baucar dewasa pada harga biasa akan disertai hadiah misteri.
Hadiah ini merangkumi pelbagai barangan mewah seperti Louis Vuitton, Gucci, iPhone, dan Tag Heuer, selain baucar beli-belah daripada jenama popular seperti Starbucks, Watsons, dan banyak lagi.
Bufet Ramadan ini diadakan di Melo Café & Deli serta ballroom di tingkat 5, yang mampu menampung sehingga 1,000 tetamu.
Bagi kemudahan tetamu Muslim, surau disediakan di tingkat 8 untuk menunaikan solat Maghrib dan Tarawih, dengan imam jemputan mengetuai solat sepanjang bulan Ramadan.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi:
Syuhada: 016-331 9675
Noraini: 016-331 8794
Mazwin: 016-331 8729
Aliza: 011-1162 4462
Sani: 016-331 8795
Yusri: 016-620 2070
Tingkatkan pengalaman berbuka puasa anda tahun ini dengan gaya di The Pearl Kuala Lumpur.
Nikmati sajian istimewa, suasana mewah, dan peluang memenangi hadiah eksklusif. Jangan lepaskan peluang ini!