Berbasikal Semarak Perpaduan: Kayuhan Muhibah Terbesar di Malaysia Meraikan Kepelbagaian sempena Hari Kebangsaan
- oleh Mohd Indera
- 3 minggu lalu
CYBERJAYA, MALAYSIA — Pada 16 September 2024, sempena sambutan Hari Malaysia ke-61, BikeBaju mengumpulkan lebih daripada 500 penunggang basikal dari seluruh negara untuk memeriahkan Kayuhan Muhibah #RideWithBB di Cyberjaya. Kayuhan ini bukan sekadar suatu acara, sesungguhnya kayuhan ini menzahirkan semangat perpaduan dan patriotisme yang selama ini menyatukan rakyat Malaysia berbilang kaum, menjadi suatu platform untuk penunggang basikal dari segenap lapisan masyarakat sehati sejiwa meraikan semangat kecintaan pada negara.
Berbasikal Semarak Perpaduan dan Cintakan Negara
Kayuhan Muhibah #RideWithBB menjadi simbol perpaduan dalam komuniti berbasikal di Malaysia. Acara ini diadakan khusus untuk menyatukan penunggang basikal dari segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang. Dalam usaha menggalakkan keterangkuman, BikeBaju berhasrat untuk menunjukkan bahawa kepelbagaian masyarakat negara ini menjadikan Malaysia luar biasa di mata dunia.
“Kami percaya pada kuasa berbasikal sebagai penyatu sebahagian besar komuniti,” ujar Yim Wai Soon, Pengarah Urusan BikeBaju.
“Kayuhan ini mencerminkan kewujudan masyarakat yang harmoni dalam menentukan hala tuju negara kita. Kami berbangga dapat menyatukan rakyat Malaysia untuk meraikan identiti kita dan menzahirkan kecintaan terhadap sukan ini.”
Untuk memeriahkan lagi majlis, suatu tirai latar yang menampilkan karya seni jiwa patriotik Hasnee Rahman iaitu seorang pelumba basikal dan artis yang sedang meningkat naik, sepertimana yang ditugaskan oleh BikeBaju, akan dipaparkan sewaktu acara tersebut berlangsung. Hasnee, seorang pelumba tegar dan pelukis, telah menghasilkan sebuah karya yang mempersembahkan inti pati semangat perpaduan di Malaysia dengan tuntas. Karya seni ini merupakan gambaran pesona yang menggabungkan unsur kesenian, sukan, dan perkara yang menjadi kebanggaan negara.
Bahkan karya seni Hasnee mengangkat martabat budaya dalam acara ini. Tirai latar ini bukan sahaja meraikan semangat perpaduan, bahkan turut menonjolkan pahit manis seorang penunggang basikal sekaligus membangkitkan rasa dalam kalangan masyarakat. Selain itu, BikeBaju berhasrat memanfaatkan acara ini untuk mengumpul dana bagi rawatan perubatan Hasnee, sejajar dengan semangat kekitaan iaitu susah senang kita hadapi bersama.
Berganding bahu dengan Tourism Malaysia
Tourism Malaysia memainkan peranan penting dalam Kayuhan Muhibah #RideWithBB Hari Malaysia ke-61 selaku penaja utama dengan hasrat untuk mempromosikan pelancongan melalui acara disulami budaya ini. Dengan sokongan Tourism Malaysia, acara ini bakal merealisasikan matlamat untuk meraikan semangat perpaduan rakyat negara ini di samping mempamerkan pelbagai tarikan di Malaysia dalam kalangan penunggang basikal tempatan dan antarabangsa. Usaha ini menekankan komitmen bersama untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelancongan sukan dan pengalaman budaya di persada antarabangsa.
Dengan infrastruktur yang canggih dan landskap yang indah, Cyberjaya dipilih sebagai lokasi ideal bagi kayuhan ini, sekaligus menonjolkan potensi bandar ini sebagai tempat tumpu untuk pelancongan sukan. Acara ini juga menyokong ekonomi tempatan, menyebarkan manfaat kepada pengusaha perniagaan di kawasan tersebut. Kayuhan tahun ini akan menggunakan tiga laluan, mengikut tahap kemahiran berbasikal tertentu diterajui oleh pelumba basikal berpengalaman, termasuk permata negara, Pasukan Berbasikal Terengganu (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa UCI Malaysia), yang bakal memainkan peranan dalam membimbing peserta dan memberikan pengalaman terbaik secara keseluruhan.
Keraian Kesihatan dan Kelestarian
Kayuhan Muhibah #RideWithBB juga menggalakkan gaya hidup sihat dan kehidupan yang lestari. Berbasikal merupakan suatu sukan yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan fizikal dan mental. Acara ini menggalakkan peserta untuk mengamalkan riadah berbasikal sebagai sebahagian daripada kehidupan, meningkatkan kecergasan dan mengurangkan tekanan sambil meraikan ukhwah sesama penunggang basikal.
Kerjasama dengan honeyB menyerlahkan fokus yang menekankan keutamaan aspek kesihatan dan kesejahteraan dalam komuniti berbasikal. Dikenali dengan madu asli tulen dengan air berkarbonat bersoda, honeyB menawarkan alternatif yang berkhasiat untuk mengekalkan tenaga dalam kalangan penunggang basikal berbanding dengan gula biasa. honeyB menyediakan sumber karbohidrat dengan pantas dan mudah diserap tubuh badan untuk membantu mengekalkan tenaga dan daya tahan semasa perjalanan jauh.
Semangat Kekitaan
Sejak dilancarkan pada tahun 2022, Kayuhan Muhibah #RideWithBB semakin meraih perhatian dan mendapat tempat di hati beribu-ribu penunggang basikal dan rakan industri.
“Acara ini dikenali ramai dengan keunikannya yang bersifat terangkum, santai, dan meraikan pelumba dari semua peringkat kemahiran untuk turut serta. Tidak kiralah anda seorang pelumba basikal yang berpengalaman atau baru bermula, anda semua digalakkan untuk mengambil bahagian dalam usaha memupuk semangat kekitaan, tatkala persahabatan terjalin dan cinta pada sukan berbasikal dirai bersama,” tambah Wai Soon.
Melangkah ke hadapan
Visi #RideWithBB adalah untuk menjadi kayuhan komuniti yang tersohor di Asia Tenggara. Dengan popularitinya yang semakin meningkat, terutamanya di Malaysia dan Singapura, BikeBaju berharap untuk memperluas penganjuran acara ini ke rantau yang lebih besar, termasuklah China dan Taiwan, serta mewujudkan suatu platform yang menyatukan penunggang basikal dari pelbagai budaya dan latar belakang untuk berkongsi semangat kecintaan akan sukan ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web BikeBaju: https://bikebaju.com/.
Mengenai BikeBaju
BikeBaju diasaskan oleh penunggang basikal yang bersemangat waja dengan visi untuk mengubah dunia berbasikal. Tercetus di Asia Tenggara, BikeBaju dengan bangganya memperagakan kemeriahan dan budaya suasana berbasikal di rantau ini.